Pages

Saturday, May 22, 2010

gaduh

tiba2 ati panas..bukan salah besar pun, bukan ada salah pape pun...tapi aku bukan jenis yang penyabar..dia xwat salah pun.nape aku nak marah2?nape aku nk pertikaikan kesibukan dia sedangkan sebelum ni ak pun menyokong dia gak..memanglah pandangan aku pasal kapel ni dah len, aku mengharapkan sesuatu yang baik dari hubungan ni, aku nak dapatkan pasangan hidup yang baik agamanya, akhlaknya, yang dapat bimbing aku sebaik-baiknya..dia memang xbaik mane pun..bukan budak agama..budak muzik lagi..tapi dia bukan teruk sangat sampaikan lupa agama, lupa semayang sebab sibuk ngan muzik..tp kadang2 terpikir gak mampu k dia bimbing aku nanti? bila baca kisah2 islamik, aku teringin nak jadi sebahagian daripada cite 2. bila aku dengar cite kwn2 aku yang berusaha nak dapatkan pasangan hidup yang baik, aku pun nak jugak?kadang2 rase nak bentikan sume ni, biarlah ye jadi sebagaimana Allah aturkan. bukan jadi atas kehendak aku sendiri. tapi aku tkut nak terus terang dengan die.aku takut aku xle pegang kate2 aku sndiri..allah dah janjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu gak sebaliknya..baik k aku? layak k aku nak dapat lebih dari yang ada sekarang?huhuhuhuhuhuh
tadi dh wt dia terasa..ntah xpastila dia rasa ap?marah?kecewa?rendah diri?aku xpatut wat gtu..aku xtau nape aku marah sangat tadi..sampai aku pertikaikan ap yang dia wat.bandingkan ngn orang berdakwah.memang 2 yg aku arapkan.tp bkn gitu carany klu aku nk gtau dia ap kehendak aku?

Friday, May 21, 2010

mak call

maren mak call..mase 2 duk tengah borak2 ngn housemates sambil tengok tv..mak call suh semayang hajat..adik kt utp 2 nak exam..kalu pasal adik 2, mak memang bagi perhatian lebih skit berbanding anak2 len..bukan sebab dia 2 bermasalah tau..tapi dia 2 arapan famili..anak paling cerdik, paling pandai, paling tinggi akademik la setakat ni...mak siap bagi aku jadual exam dia lagi, nak suh aku tolong semayang hajat sama2...nak bagi mudah jawab exam..beruntung la mung dik...nak exam ramai yang tolong risau, tolong doa..xpela kalu dia dapat result tinggi..adik sapa? adik aku jugak kn?anak sapa? anak mak ayah jugak kan?nanti bila dah berjaya, leh tolong tanggung mak ayah lak kn? tolong adik kita yang sorang 2 kn?kak xpe, xyah tolong pun.akak dah ada kije sendiri nanti(bongkak btl!padahal baru j tadi mntak nk utang duit ngn adik 2)hehehehhe kalau nak tolong kak pun, apa salahnya...adik beradik kan kna tolong menolong.xgitu?kan?kan?
kepada adikku...study la rajin2...mak ayah duk harap kat umah 2.risau kot2 anaknya ni xle nak study.. xle nak jawab exam baik2..2 je yang kami mampu tolong...nak tolong ajar, kami bukan sekolah tnggi..xmasuk u pun huhuhhuhu...ya allah..mudahkan baginya sewaktu menghadapi peperiksaan...lapangkan hatinya dari perkara yang merisaukan..penuhkan dadanya dengan ilmu, idea, ilham yang berguna..kembalikan ilmu yang telah Kau ambil darinya, ingatkanlah apa yang dia lupa..AMIN

Thursday, May 20, 2010

mood xmenentu...

semalam dah selesai satu paper..sebelum exam memang dh dapat byk syafaat...tapi time exam same gk huhuhuhu. bukan tidak bersyukur, tapi rse semakin mudah jalan kite, makin kite xreti nak hargainya....
dah leklok dapat spot...xsungguh-sungguh lak bila baca. yakin sangat leh ingat kot huhuhu. last2 time exam...hang!!...ade isi, tapi xle nak hurai....bila dh boleh goreng-goreng tambah perisa 2 perisa ni....rse xsedap lak huhuu...
bangunlah!sedarlah dari mimpi indah mu itu! pointer sem lepas dah jatuh...pointer kali ni nak jatuh lg k?huhuuhuhuh chayok2x!!bila dh ad pertolongan..hargailah pertolongan 2...usaha sungguh2x...
ad la exam PIM3109, pim 3110, arab ngn taranum...
sempat k nak studi?4 ari berturut-turut 2 huhuhuhuhuh
semoga Allah permudahkan segalanya...AMIN...

Wednesday, May 19, 2010

nak exam dh ni..... ;(

esok dah nak exam ni...tapi hari ni sempat lagi aku baca novel..puan dengan novel xboelah dipisahkan..bab2 jiwang, feeling ni memang puannya febret...niat nak p lib sebab nk bagi semangat study...kat rumah susah nak study, godaan banyak sangat..kat lib lain lak godaannya..walaupun x tergoda dengan novel yang berlambak-lambak tersusun kt rak dalam lib 2, tapi satu novel ni dah cukup wat aku xle fokus study...baca novel tu 2 3 jam rse cam sekejap j..bila aku ganti dengan nota- nota yang patut aku baca..45 minit pun rasa cam dah tepu dah..dah xle masuk dah huhuhuhu....kuatkan iman...kuatkan iman..semangat...semangat...exam lima hari je...phtu nak khatam novel 5 6 buah pun ikut suka la...selagi larat nk baca...bacalah...

Monday, May 17, 2010

bangun awal..tapi xwat pape huhuhuhhu

hari ni bangun awal gak la....beberapa puluh minit sebelum subuh...niat di ati nk sahur..memang bangun sahur dh pn...niat gk kalu sempat nk semayang sunat pape yang patut...semayang hajat k...taubat k...dapat gk pahala kn kalau rajin semayang..tapi sayangnya....tadi xsempat nk smayang...2 la..duk abiskan mase tggu makanan yang kt periuk 2 panas...pah sahur baru terhegeh-hegeh nk mandi huhuhuh..akhirnya elok2 siap mandi, dengar azan subuh huhuhuhuh.patutnya mse panaskan makanan 2 p la mandi siap2..xpe...akan ku usahakn lagi...waktu gni j la nk latih smyg mlm pn...kalu nk arap bangun kul 2 3 pagi semata-mata nk semayang..xtau la bla mampu wat huhuhuuuhu

Saturday, May 15, 2010

Pengorbanan guru



Pada ketika angin dari pelbagai penjuru mengubah wajah ombak menjadi gulungan ganas menghempas perahu, mahu saja si pendidik meninggalkan pulau terpencil itu untuk pulang ke Semenanjung sambil melupakan khidmat bakti yang harus dicurahkan kepada anak nelayan. Namun, tautan tugas sebagai pendidik menuntut mereka mengetepikan desakan nurani untuk meninggalkan bumi Semporna. Kemurnian tugas mendidik anak bangsa membuatkan mereka harus tabah menghambakan diri kepada tugas meskipun hati terasa berat untuk meneruskan perjuangan membela nasib anak bangsa.

Meskipun terpaksa menempuh ombak Laut Sulawesi untuk menjejakkan kaki di Pulau Bait, kira-kira tujuh batu nautika dari tanah besar di Kampung Tanjung Kapor, Semporna, si pendidik dari pelbagai negeri di Semenanjung tidak mudah mengalah.

Walaupun terpaksa bermandi peluh dan ada ketika kuyup ditimpa hujan ketika perahu mendaki dan menuruni ombak sewaktu berulang alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bait di pulau kecil itu, mereka tidak mudah tewas kepada persekitaran yang mencabar minda dan fizikal.

Pulau Bait, satu daripada 49 pulau terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, tidak pernah menjanjikan jalan berturap, bangunan sekolah diperbuat daripada batu, kemudahan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan pelbagai kemudahan lain yang ada di tanah besar, khususnya di bandar.
Setiap pagi, mulai jam 6, ketika guru di bandar selesa memandu kereta ke sekolah, guru di Pulau Bait terpaksa memperjudikan nasib kepada perahu yang dikemudi penduduk kampung ketika meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapor untuk ke sekolah.

Begitu juga dengan guru di SK Pababag, di Pulau Pababag yang bersebelahan dengan Pulau Bait. Mereka terpaksa menyerahkan ketentuan nasib kepada Allah SWT setiap kali menggunakan perahu dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke pulau terpencil itu.

Dengan perahu menggunakan enjin 15 kuasa kuda, si pendidik berdoa semoga perjalanan berulang alik dari Kampung Tanjung Kapor ke Pulau Bait dan Pulau Pababag sentiasa dirahmati Allah.

Kira-kira 20 minit berada dalam perut perahu ketika meredah ombak ke Pulau Bait dan Pulau Pababag tidak banyak membolehkan mereka berbual dengan rakan-rakan atau penumpang yang lain. Yang ada dalam fikiran mereka hanyalah mahu segera tiba di jeti.

Bagi Ustazah Mazwin Nasir, 27, dari Kampung Jerik, Gua Musang, Kelantan, khabar yang diterimanya pada Januari 2007 bahawa beliau akan ditugaskan di SK Bait, seolah-olah merentap nuraninya.

Pada usia pernikahan baru berusia sebulan, graduan jurusan Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu terpaksa meninggalkan suaminya untuk terbang jauh ke Semporna dan menabur bakti di pulau terpencil.

"Saya mula bertugas di sekolah ini pada 29 Januari 2007. Pertama kali menaiki perahu, rasa macam hendak menangis. Macam tak mahu menjadi guru. Ketika itu, ombak besar. Habis kuyup saya ditimpa tempias ombak. Setibanya di jeti Kampung Bait, terpaksa mula meniti jeti kayu licin dan mendaki bukit berlumpur untuk ke sekolah.

"Pengalaman sepanjang menaiki perahu berulang alik dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke jeti Kampung Bait ada kalanya membuatkan saya seolah-olah mahu segera meninggalkan pulau ini. Namun, berkat kesabaran, saya harungi juga ombak Laut Sulawesi ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah biasa dengan ombak," ujarnya.

Bagi rakan serumah Ustazah Mazwin, Ustazah Nur Suhaila Mohamad, 32, dari Kampung Pangkal Kalong, Ketereh Kelantan, pertama kali menjejakkan kaki dalam perut perahu bersama Mazwin membuatkan tekak terasa loya dan kepala berpinar-pinar apabila dibuai ombak.

"Rasa nak muntah mabuk laut tetapi saya tahan juga. Sewaktu dilambung ombak, rasa macam hendak menjerit. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang di depan mata. Namun, inilah cabaran yang harus saya hadapi. Bukan mudah menjadi guru di pulau terpencil macam Pulau Bait," ujarnya dengan segaris senyuman.

Mazwin dan Nur Suhaila yang menyewa rumah di sebuah taman perumahan kira-kira tiga kilometer (km) ke Kampung Tanjung Kapor dan 10 km dari pekan Semporna, memperuntukkan RM60 seorang untuk berulang alik menaiki perahu ke sekolah.

Ketiadaan tenaga elektrik dan bekalan air paip di Kampung Bait tidak memungkinkan mereka menjadi sebahagian daripada kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan.

Selepas tiga tahun menabur bakti mendidik anak nelayan di pulau terpencil itu, kini Mazwin dan Nur Suhaila tidak lagi menganggap ombak yang diharungi setiap hari sebagai bebanan besar untuk meneruskan kerjaya murni membentuk murid berilmu dan bersahsiah.

Cuma pada ketika cuti persekolahan dan Aidilfitri, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama keluarga walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Bagi Mazwin, suami di Bangi, Selangor harus segera ditemui pada setiap musim cuti persekolahan, manakala Nur Suhaila mahu segera menatap wajah ibu dan ayah di Ketereh.

Bagi mereka, ombak Laut Sulawesi, jeti licin di kedua-dua kampung itu, lereng bukit agak curam di laluan dari jeti Kampung Bait ke SK Bait dan titis air masin yang membasahi kulit wajah dan tubuh ketika mengharungi laut adalah teman paling setia selagi pengorbanan mereka dituntut demi masa depan anak bangsa di pulau terpencil.

sumber: berita harian 16 mei 2010

selamat hari guru :)

16 mei.....hari guru ari ni..
bangun2 tdo dapat sms hari guru dari sorang pensyarah..pensyarah anta sms kt pelajar die...malu ni!! walau pape pn, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada:
  • guru-guru kt PASTI- umo 6 tahun
  • cikgu-cikgu kt SKPN- thn 1-6
  • cikgu-cikgu kt SKB- 2bln mse thn 2
  • SMAM-sbln lbh mse form 1
  • SMUASZA-2mggu mse form 1
  • SMKANI- form 1-5
  • pensyarah kt KMPh-2bln
  • pensyarah kt IPG- dri PPISMP smpi skrg
  • cikgu-cikgu kt sek yg praktikum ari 2
  • tok-tok guru yang ajar ngaji dari kecik smpi dh boleh ngaji dh skrg...
  • jurulatih2 silat-2007 smpi skrg
xterkira guru aku berapa orang sumenye.beribu dah kot...xtermasuk yang berguru secara xformal..yang bagi ilmu, yang ajar ilmu secara xsengaja...terima kasih atas didikan, pengorbanan dan perkongsian ilmu yang telah kalian berikan. xlupa kepada rakan-rakan IPG walaupun kita xjadi guru yang bertauliah lagi, anggap lah adanya hari ini sebagai salah satu sumber inspirasi kita untuk melangkah di dunia realiti pendidikan xlama lagi...

k...semangat2x..nak p ngajar kt kelas KASA lak ni...

mencari mood study huhuhuhu...

salam.lagi 1 mggu nk exam ni..tp xde perasaan nk study..apa nk buat ni?huuhuhuu